Story of My Life
It's hurt babe.
16 August 2015 . 0 purple(s) .
Emmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Awak awak .

Awak baik, awak cantik. Awak pakai baju labuh, tudung labuh, stokin, handsock. Serba serbi lengkap. Sempurna awak tutup aurat. Perfect! Untung future husband awak sebab tak perlu risau sebab awak pandai jaga diri sendiri. Padahal saya? Tudung tak selabuh tudung awak. Baju pon tak selabuh baju awak. Stokin Alhamdulillah masih selalu pakai. Cuma handsocks tu kadang kadang. Masih banyak yang perlu saya ubah. Kesian future husband saya sebab future wife dia tak sesempurna awak. 

Tapi sebenarnya kita sama. Kita sama sama perempuan. Kita sama sama Islam. Kita sama sama bawak imej Islam. Saya mohon agar awak yang nampak sempurna dari luaran sempurna jugak dalamannya. Perangai awak, percakapan awak, ikhtilat awak, saya mohon awak jaga. Sebab kalau dah cantik luaran tak semestinya cantik dalaman kan? Kata kata awak yang agak kesat tadi pon dah cukup buat saya pikir tak semua perempuan yang pakai labuh labuh nie sempurna. It's hurt babe! Hmmm bukan saya nak kata orang yang tak menutup aurat dengan sempurna tu tak perlu jaga semua tu. Tapi sebab Orang pandang tinggi dekat awak dan ramai nak jadikan awak as role model. Saya taknak la orang yang bukan Islam pandang rendah dekat Islam nanti. Haaaaaa. Awak pon mesti taknak jugakkk kan?

Saya tau saya mungkin tak layak untuk menegur. Sebab saya hanya manusia biasa yang masih dalam proses hijrah. Tapi saya harap awak dapat terima pendapat saya dengan hati yang terbuka. Semoga Dia sentiasa menjaga kita.

Ikhlas dari hamba Allah yang tidak sempurna /::)


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post