Aku
02 May 2014 . 0 purple(s) .
Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia
Paling kuat menangis
Paling goyah dan tumbang di banyak masa
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia
Paling kuat menangis
Paling goyah dan tumbang di banyak masa
Tapi aku ada penyakit degil
Degil untuk kalah
Degil untuk tewas
Degil untuk biar jiwa tersepah
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari-hari sukar ku
Aku tak ada apa-apa untuk buat kau percaya
Aku cuma ada diri aku sebagai bukti.
Aku tak ada apa-apa untuk buat kau percaya
Aku cuma ada diri aku sebagai bukti.
Titik tolaknya -
Kena percaya janji Allah seratus tujuh puluh peratus
Bila DIA kata "minta. Dan aku bagi"
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kena percaya janji Allah seratus tujuh puluh peratus
Bila DIA kata "minta. Dan aku bagi"
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu terbaik untuk kita.
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba
Ajarlah hati untuk terima yang Allah Maha Mengetahui
Sesungguhnya Dia pencipta segalanya
Dari yang terzahir hingga ke hati yang paling dalam
Dia tahu kenapa kita mahu dan apa yang kita mahu.
Ajarlah hati untuk terima yang Allah Maha Mengetahui
Sesungguhnya Dia pencipta segalanya
Dari yang terzahir hingga ke hati yang paling dalam
Dia tahu kenapa kita mahu dan apa yang kita mahu.