Story of My Life
Nantikan ku di batas waktu
01 July 2014 . 0 purple(s) .
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang daku memulakan coretan daripada lubuk hatik..

Ku coretkan khas buatmu....

Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luh Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat.. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu.. Itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa..

Wahai bakal suamiku, Aku sedang menantimu, Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, Seorang rijal yang mencintai melebihi segala-galanya kpd Sang Khaliq Seorang mujahid yang mengharapkan darahnya tertumpah sebagai darah syahid, Seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah..

Wahai bakal mujahidku, Aku tahu kau seorang yang tegas dan berani,
Kau tidak akan pernah takut untuk berkata benar,
Kau juga tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai dirimu, 
Kau juga akan sentiasa tidak putus-putus untuk mengajakku berjuang berjihad fisabillillah..

Wahai bakal imamku,
Ku harapkan kau akan selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Dengan zikir-zikir munajat,
Dengan surah-surah rindu yang dihafazmu..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Kau menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Kau sentiasa mengingati mati,
Bagimu, dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Kau sentiasa menjaga matamu dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Kau sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Kau seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapamu,
Kau juga sentiasa berbakti untuk keluargamu..

Kau sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Bagimu, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula,
Sejadah imanmu yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Kau sentiasa menjaga solatmu kerana itulah maruah dirimu,
Kau sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Kau tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Kau sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Kau juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungmu,
Kekasih sejatimu dan kekal abadi,
Iaitu ALLAHURABBI..

Kau selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Kau ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Kau ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai Kau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta,
Andai kau hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku padamu,
Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilihmu..

Siapakah kau..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga kau tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu dengan mu,
Kerana..
Kau pilihan ku..

Wahai bakal mujahidku..
Mujahidahmu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu..
Cuma, mujahidahmu di sini sangat kisah tentang keaadaan imanmu..
Aku amat berharap..

Kau adalah salah seorang yang akan menyambung perjuangan nabi kita, Muhammad s.a.w.. 
Kerana, impianku..
Adalah untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu.. 
Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid..
Mujahidahmu disini memerlukanmu untuk merealisasikan impianku ini..
Pintaku.. Janganlah kau biarkan impianku ini hanya impian dan angan-angan yang kosong sahaja..

Kau teruskanlah memimpin tanganku.. 
Papahlah aku.. 
Bantulah aku.. 
Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu, membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu  demi memperjuangkan agama Kekasih kita yang Hakiki..

Wahai bakal mujahidku..
Mujahidahmu ini amat berharap agar kau tidak akan merasa putus asa dan jemu untuk terus memperbaiki dirimu agar menjadi rais ataupun amir yang sangat tegas dan teguh imannya untuk aulad2 kita nanti..

Kau persiapkanlah segala bekalan untuk hadapi sebarang kemungkinan nanti.. Sesungguhnya, tidakkah kau mahu melihat zauj dan zaujah kita memperjuangkan agama kita supaya tidak ditindas lagi?
Ku pasti.. Itu jugalah harapanmu.. Jadi seeloknya, kau lengkapkanlah dirimu dgn ALLAH dahulu, barulah dgn manusia..

Agar masjid yang bakal kita bina kelak, benar-benar kedengaran azannya, dan akan hadirlah ma'mum-ma’mum yang soleh, solehah, lagi bertaqwa, berbaris dibelakangmu.. Yang mana kau muslimin sebagai imamnya..

Tiada ungkapan cinta terindah, melainkan cinta padaNYA yang Maha Esa, 
oleh itu, carilah cinta, yang dapat mendekatkan dirimu pada cinta ALLAH, bukan menjauhkan..

Sesungguhnya wahai mujahidku…
Aku tahu.. 
Tiada hiasan terindah untuk dirimu, melainkan seorang zaujah yang solehah, 
lagi bertaqwa, yang bersama-sama denganmu, dalam perjuangan ini, 
suka, mahupun duka..

Tapi, walaupun sukar.. 
Aku disini akan tetap cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik sebagai serikandi dalam perjuanganmu dalam membantumu melaksanakan misi jihad..

Wahai bakal mujahidku sesungguhnya.. 
Aku tidak hanya akan mendoakan kau hidup kerana ALLAH…
Tapi, aku juga akan mendoakan matimu kerana ALLAH, kerana ku tahu..
Tiada yang terindah menjadi muslim, kecuali, dapat mati dalam Islam, dalam hati yang penuh ketaqwaan pada ALLAH s.w.t..

Wahai bakal mujahidku..
Ketahuilah.. Aku di sini sedang menantikan kau seorang rijal yang mana.. Halal cinta ku, padamu.. Halalnya datang diri ini, denganmu.. Dan halal jika perjuangan ini, diri ini berpimpinan tangan denganmu.. Semoga kau bersama-sama denganku dalam perjuangan ini.. Aku disini ingin menjadi pendampingmu yang paling setia..

Wahai bakal mujahidku..
Sebenarnya, kau tahu kan..? Tiada istilah 'dating' dalam Islam, semua itu ungkapan dari kuffar la'natullah.. Kita ummat Islam, hanya boleh bersama orang yang halal bagi kita.. Sesungguhnya Islam sudah menetapkan garis panduan dalam pergaulan muslimin dan muslimat, untuk kita ikut, jika kita mengaku kita seorang muslim..

Wahai bakal mujahidku..
Islam, jangan hanya pada nama, tapi, gaya hidup..
Ku harapkan.. Kau teruskanlah melakukan perubahan islah dalam dirimu.. Teruskanlah langkahmu merantau segenap dunia untuk mengukuhkan iman dan ilmumu..

Agar kau dapat dijadikan contoh yang terbaik dan terdekat untuk aulad2 kita nanti..
Biar kalimah syahadah, benar-benar mengalir dalam dirimu, biar setiap titis cinta dan darah kita, hanya untuk Ilahi, dan hanya dengan cintaNya, kita dapat menuju redha ALLAH..

Wahai bakal mujahidku..
Setiap hari antara doa yang tidak lupa untuk ku panjatkan kepada Ya Rabbi adalah doa untukmu..

“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” 

Resah gelisah hati menunggu.. 
Mengira setiap detik dan waktu..
Impian itu menjadi kenyataan.. 
Bersama-sama denganmu mujahidku.. 
Menemanimu dalam perjuangannya..

Sesungguhnya seorang mujahid, tujuannya satu.. 
Berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq.. 
Walau telah bergelar suami, perjuanganmu tetap berjalan.. 
Pengorbanan tetap diteruskan.. 
Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan.. 

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hatimu telahpun sarat dengan cinta kepada Rabbnya.. 
Yang menjadi pendorong kepada perjuanganmu.. (begitulah harapnya) .. 
Mana mungkin pada masa yang sama, kau menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatimu? 
Walaupun setelah aku curahkan selautan sayang.. Aku legakan penat lelah perjuanganmu dengan gurauan manja.. Aku cukupkan makan pakaimu.. Kau masih tidak boleh leka dari perjuanganmu..

Adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir?
Ya Allah..
Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w? 
Sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah.. 
Lihat sahaja isteri-isteri Nabi.. Ummul-muslimin.. Ummi-ummi kita..
Lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka.. 
Sehinggakan setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul..

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga? Mampukah aku mengingatkn kau tatkala kau terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskan lagi kau dengan cinta duniawi?

Wahai bakal mujahidku…
Hatimu.. Janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahidah, tetapi kejarlah cinta Penciptanya..
Hatimu.. Janganlah kau lekakan hatimu dengan angan-anganmu.. Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu kau raih..
Hatimu.. Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan.. Tapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya.. Kau perlu tabah.. Dan kau tahu, hatimu tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua..
Duhai hatimu.. Bersabarlah.. Perjalanan kita masih jauh.. Bersabarlah... Teruskan doamu.. Hari itu akan tiba jua.. Apabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak..
Bersabarlah..

Wahai bakal mujahidku..
Hayatilah kata2 terakhir dariku ini khas untukmu..

Dulu..
Aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah..
Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya..
Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan toleransi tidak lagi menjadi pegangan.. Jauh hati.. Jiwa pedih..

Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku.. Mengetuk pintu hatiku.. Membawa seribu pengertian.. Tidak tergambar riangnya hati ini.. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran.. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku.. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku.. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari.. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu.. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku..

Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu.. Kita berkongsi kegembiraan bersama.. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka.. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka.. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku.. NamaMu menjadi siulanku seharian.. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku.. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau.. Maafkan aku wahai kekasih hati.. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau.. Sungguh.. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan.. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku.. Hanya Kau dan aku..
Kekasihku ALLAH...



Wahai mujahidku..
Pintaku yang terakhir darimu.. 
Kau tuntulah ilmu sebanyak yang mungkin.. 
Agar, nanti.. Aku dapat merasakan ketenangan dalam pelukan tarbiyyahmu.. Amalkanlah ilmumu.. Agar aku dapat menjalani kehidupan tanpa terpesong dari jalanNya hasil bimbingan dri padamu..

Wahai bakal mujahidku..
Cinta yang lumrah itu tidak perlu kau hapuskan.. 
Tapi, kau wajib mengawalnya.. Begitu juga denganku.. 
Percayalah.. Seandainya kita berdua terus istiqamah dalam menjaga hati kita.. Aku pasti.. Kemanisan yang paling hebat dalam percintaan yang tidak akan kau dapat selain daripada sehangat kasih dan cintaku sebagai isterimu.. 
Yakinlah wahai bakal mujahidku.. Mungkin kita akan mendapat kemanisan sebagaimana manisnya kehidupan percintaan Rasulullah dengan Siti Aisyah..
Ataupun, seperti kehidupan Qani’ah dengan Dr Muslih dalam karya Fatimah Syarha bertajuk pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..

Wahai bakal Rijalku..
Walaupun ramai yang hadir dalam hidupku..
Namun.. 
Ku yakin dan percaya bahawa kau lah yang terbaik untuk menjadi mujahidku.. 
Usahlah kau risau.. Aku di sini setia menantimu.. 
Harapanku, agar kau tidak mensia-siakan penantian dan pengorbananku

*Bingkisan hati buatmu yang sudah terbisik dalam nuraniku*


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post